BERMULA sebagai hobi, penyanyi Krisdayanti yang mencecah usia 50 tahun dipilih mewakili Indonesia dalam kejohanan sukan wushu di China bermula hari ini sehingga 20 Oktober.
Berita terbabit dikongsikan penyanyi itu sendiri yang mengakui rancak membuat persiapan akhir sebelum ‘terbang’ menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu bersama pasukannya.
“Berlatih layaknya bertanding, hari ini kami melakukan simulasi latihan terakhir sebelum berangkat untuk pertandingan antarabangsa wushu di İmeishan.
“Doakan Indonesia juara,” tulisnya di Instagram.
Pada hantaran tersebut, nenek kepada dua cucu itu menunjukkan gambarnya bersama anggota pasukan melakukan persediaan akhir.
Menerusi video dikongsikan pula, ramai memuji ketangkasan beraksi selain tidak kekok melentur badan pada usia separuh abad.
Tidak hairan perkongsian penyanyi Menghitung Hari itu mengundang maklum balas positif netizen yang kagum dengan kemampuan serta semangatnya.
“Ternyata bukan suaranya sahaja yang bagus, KD (Krisdayanti) punya bakat lain. Respek,” kata pengikutnya.
“Tiba-tiba jadi atlet. Semoga dapat bawa pulang pingat buat Indonesia,” tulis seorang lagi netizen.
Difahamkan, Krisdayanti yang turut aktif di arena politik berjinak-jinak dengan sukan bela diri itu sejak beberapa tahun lalu bagi mengisi masa lapang sebelum serius sehingga dapat mewakili Indonesia. – KOSMO! ONLINE
@stunningshowkd Membalas @user3986461737494sue #krisdayanti #divaindonesia #ameena #wushukungfu #internasionwushuimeishanchina ♬ suara asli – stunning show KD