fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah bot yang mengibarkan bendera Israel pada Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, Kota Bharu pada Jumaat lalu.

Kibar bendera Israel walau apa matlamat dan alasan adalah salah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, mengibarkan bendera Israel di negara ini walau apa pun matlamatnya adalah suatu perkara yang salah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kes seperti pemasangan pelekat bertulisan Hebrew di kenderaan serta mengibarkan bendera Israel menyinggung perasaan rakyat.

“Ia bertentangan dengan dasar negara yang merentasi parti (politik). Walau apa matlamatnya adalah salah. Saya bersetuju Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Mana ada negara dalam dunia, seperti mana ketika negara kita dijajah, orang yang mengangkat (mengibarkan) bendera Union Flag kita anggap sebagai pengkhianat.

“Walaupun apa alasan diberikan, saya setuju tindakan diambil supaya menjadi pengajaran tidak berlaku lagi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) apakah tindakan kerajaan berhubung sebuah acara yang dihadiri ramai pengunjung mengibarkan bendera Israel.

Kata Mohd. Shahar, sebagai orang yang memahami kesengsaraan dialami penduduk Gaza, beliau menegaskan matlamat tidak boleh menghalalkan cara dalam perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI