fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah bot yang mengibarkan bendera Israel pada Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, Kota Bharu pada Jumaat lalu.

Kibar bendera Israel: Penganjur program bot akan didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, di sini Jumaat lalu yang terpalit dengan insiden mengibar bendera Israel semasa gimik dan lakonan semula akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan kes tersebut selesai 80 peratus dan akan diserah kepada pihak pendakwa raya tidak lama lagi.

Menurutnya, penganjur program tersebut sudah memberi keterangan selama tiga jam kepada pihak polis semalam.

“Pihak yang terlibat mengaku dan mengambil tanggungjawab atas tindakan tersebut. Lima lagi saksi yang merupakan pelakon dalam persembahan tersebut juga akan memberi keterangan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Yusoff menegaskan, tindakan mengibarkan sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, di sini Jumaat lalu yang terpalit dengan insiden mengibar bendera Israel semasa gimik dan lakonan semula memberi keterangan kepada polis semalam.

Mohd. Yusoff berkata, siasatan dijalankan meskipun perbuatan itu sekadar gimik dan lakonan semula yang dikaitkan dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Beliau berkata, pertubuhan yang mahu membuat persembahan dinasihatkan supaya tidak mengibarkan bendera Israel dalam sebarang bentuk protes meskipun dengan niat mengecam kekejaman rejim tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI