fbpx
HUJAN lebat berterusan menyebabkan kediaman penduduk di Kampung Kechau Tui, Mukim Telang ditenggelami air, awal pagi tadi.

Hujan lebat sejam punca banjir kilat di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Hujan lebat berterusan selama hampir sejam sejak pukul 2 pagi hingga 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat, memaksa puluhan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut aplikasi Info Bencana JKM, seramai 59 mangsa daripada 17 keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kechor Tui setakat pukul 11 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis, Leftenan (PA) Ahmad Hafizy Che Daud, berkata banjir kilat dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 pagi ekoran limpahan air daripada Sungai Kechau di sini.

“Banjir kilat ini telah menjejaskan kawasan Kampung Kechau Tui, Mukim Telang serta Felda Kechau 1, Mukim Kechau.

“Tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, sehingga pukul 11.10 pagi ini, air masih belum surut sepenuhnya,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan proses pendaftaran mangsa yang terjejas bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI