fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir sehingga 8 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Labuan.

“Amaran kawasan yang terbabit adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak manakala di Terengganu hanya Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin di Pahang manakala seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut terlibat dalam ramalan cuaca buruk,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, antara kawasan lain yang terjejas adalah Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Sementara itu, MetMalaysia berkata hujan berterusan turut terlibat di Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, Sarawak.

“Bagi negeri Sabah, Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau turut terjejas,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI