fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di utara, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 12 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Perak di daerah Hulu Perak, manakala Kelantan pula melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Lundu) dan Sabah di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI