fbpx
Shazifh dan Munira dibawa anggota polis selepas pertuduhan berasingan di dua Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. Foto YUNUS YAKKUB/KOSMO!

eHATI: Pasangan doktor kecantikan didakwa langgar Akta Kaunselor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang juga doktor kesihatan dan kecantikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini atas tuduhan melanggar Akta Kaunselor berkaitan penganjuran motivasi rumah tangga, eHati tahun lalu.

Tertuduh, Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, suami isteri itu didakwa menjalankan amalan sebagai kaunselor berdaftar di Dewan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Seksyen 15 di sini pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(1) (a) Akta Kaunselor 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh dipercayai bertindak sebagai fasilator bagi penganjuran eHati di IDCC.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin mencadangkan jaminan RM10,000 setiap seorang bersama seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Peguam Alhirzan Mahamad Akhir bagaimanapun memaklumkan kedua-dua anak guamnya hanya mampu membayar ikat jamin RM3,000.

“Perniagaan mereka merundum dan Munira menanggung ibu yang mempunyai penyakit barah payu dara. Munira juga mengalami depresi sebelum ini.

“Kedua-dua mereka juga menanggung tiga lagi pekerja di klinik selain memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan sebelum ini,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 kepada Shazifh dan RM5,000 kepada Munira bersama seorang penjamin selain menyerahkan pasport. Sebutan kes ditetapkan 24 November depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI