fbpx
Nor Aziera Hashima (dua dari kiri) yang sebak kematian anak, Wan Mohamad Shahronny (gambar kecil kiri) ditenangkan ahli keluarganya di pekarangan Unit Forensik Hospital Besut hari ini.

Aqil Faizin, Shahronny bersahabat baik hingga ke akhir hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang ibu terkilan tidak menunaikan hajat terakhir anak bongsunya yang maut dalam perjalanan ke sekolah semalam untuk menemankannya tidur pada malam kelmarin.

Farizon Saari, 50, berkata, anak lelakinya, Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, 13, merupakan seorang remaja yang manja dan peramah.

“Anak saya (Nik Aqil Faizin) memang seorang yang amat manja dan suka bercerita tentang pembelajarannya di sekolah, guru dan rakan-rakannya kepada saya.

“Malam tadi (kelmarin) dia mahu menemankan saya tidur tetapi saya minta dia masuk tidur dahulu kerana mahu menyiapkan jahitan baju,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Besut di sini hari ini.

Farizon berkata, anaknya, Nik Aqil Faizin bersahabat baik dengan Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli, 13, yang bersekolah sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah di sini biarpun berlainan kelas.

Sementara itu, ibu Wan Mohamad Shahronny, Nor Aziera Hashima Mohd. Saleh, 33, pula berkata, luluh hatinya apabila dihubungi salah seorang guru anaknya tentang kemalangan tersebut pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, dia yang menetap di Kampung Air Tawar di sini segera menghubungi suaminya, Wan Rosli Wan Abd Razak, 49, yang ketika itu sudah keluar bekerja sebelum sama-sama bergegas ke lokasi kejadian di Jalan Bukit Kuang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI