fbpx
Anwar menjawab soalan berhubung rundingan damai Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini - Foto oleh JABATAN PENERANGAN

Anwar terima surat khas daripada Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau menerima surat khas daripada Hamas pada 7 Oktober lalu berhubung rundingan damai dengan Israel.

Kata Anwar, Hamas menerusi surat itu menyatakan mereka akan menyertai rundingan damai dengan Israel, tetapi dengan pendirian ia mesti penyelesaian yang menyeluruh.

“Kebetulan Hamas memberi kenyataan surat khas kepada saya bertarikh 7 Oktober lalu tatkala mereka diwakili (dalam rundingan damai) di Sharm El-Sheikh, Mesir.

“Mereka katakan dalam mendokong insiatif atau ikhtiar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mereka tetap pertahankan kepentingan rundingan untuk capai kedamaian, tetapi menekankan seperti pendirian saya dan Menteri Luar mesti penyelesaian menyeluruh.

“Itu tahap kedua akan mereka bincangkan. Hentikan apa-apa bentuk kemungkinan serangan dan (Israel) tunduk kepada undang-undang dan konvensyen dunia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung pendirian kerajaan Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden AS berhubung konflik Palestin-Israel.

Mohd. Shahar turut bertanya sejauh mana pelan tersebut selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kedaulatan negara mereka.

Dalam pada itu, Anwar berkata, setakat semalam baru 167 buah trak bantuan kemanusiaan membawa bekalan makanan, minuman dan perubatan dibenarkan masuk ke Gaza walaupun dijanjikan 600 buah trak.

“Ini sedang dipantau oleh negara-negara Arab dan negara-negara Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI