fbpx
Kain rentang dipasang di hadapan pintu masuk sekolah. - Lambe Turah

630 pelajar mogok enggan hadir ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 630 pelajar sebuah sekolah di Lebak, wilayah Banten melakukan mogok dengan enggan hadir ke sekolah selepas insiden seorang murid ditampar pengetua, lapor laman berita Lambe Turah hari ini.

Dalam satu imej yang dikongsikan di media sosial, terdapat kain rentang bertulis: ‘Kami tidak akan ke sekolah sehingga pengetua dipecat’ dipasang di hadapan sekolah berkenaan.

Pengetua SMAN 1 Cimarga, Dini Fitria berkata, secara keseluruhan, terdapat 630 pelajar yang terlibat dalam mogok itu.

“Kami sudah berkoordinasi dengan Naib Pengetua untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kekal kondusif,” katanya.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Dini berkata, seorang pelajar lelaki dimarahi kerana merokok di sekolah pada Jumaat lalu.

“Saya kecewa bukan kerana dia merokok tetapi kerana dia tidak bersikap jujur.

“Saya secara spontan menegur dengan tegas dan menamparnya dengan perlahan. Saya tegaskan bahawa tamparan itu hanya perlahan,” kata Dini. 

Sementara itu, Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak, Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Inspektor Pertama Limbong berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada waris pelajar yang ditampar tersebut, lapor laman berita Detik.

“Laporan itu berkaitan dakwaan pelajar ditampar oleh pengetua. Mengenai fakta, kami sedang menyiasat. 

“Kami akan jemput semua pihak termasuk saksi yang menyaksikan kejadian itu untuk mendapatkan fakta seimbang,” jelasnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI