fbpx
SHI LIANG HUI ( tengah) menunjukkan tiang kabel yang menjadi mangsa kecurian di Seksyen 13 - landasan ECRL kampung Paya Pasir di Maran hari ini.

32 kes kecurian kabel, kerugian RM3 juta jejas ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berdepan ancaman serius apabila sebanyak 32 kes kecurian kabel dan ‘transformer’ direkodkan setakat ini, dengan kerugian melebihi RM3 juta yang dibimbangi boleh menjejaskan jadual penyempurnaan projek serta ujian tren menjelang Disember 2026.

Pengarah Keselamatan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL), Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata, insiden itu membabitkan beberapa lokasi kritikal di sepanjang jajaran dalam tiga negeri, dengan Pahang mencatat jumlah kes tertinggi.

“Pahang merekodkan 24 kes, Terengganu tujuh dan Kelantan satu kes.

“Kebanyakan lokasi masih dalam fasa pemasangan sistem elektrik, komunikasi dan utiliti,” katanya di Seksyen 13 Kampung Paya Pasir di sini hari ini.

Menurut beliau, kecurian bukan sahaja melibatkan kabel, malah komponen penting seperti ‘transformer’ dan peralatan sokongan yang turut menjadi sasaran sehingga menjejaskan penyelarasan teknikal.

“Walaupun struktur fizikal projek hampir siap, kehilangan aset teknikal seperti ini boleh melambatkan pemasangan sistem operasi tren dan menolak semula jadual kerja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI