fbpx
Shuib tidak menolak wujudnya unsur mistik yang membuatkan prestasi peserta kegemaran, Amad jatuh merundum di pentas akhir TTMM disebabkan masalah kesihatan. - Iskandar Ishak

‘Ustaz tolong Amad, saya tak terkejut pun dengan tempat ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Naib juara Talk To My Manager (TTMM) iaitu Shuib dan Thalita meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Amad di pentas akhir program tersebut.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, sewaktu program sedang berlangsung, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada bapa tiri Amad iaitu Idan meminta pertolongannya.

“Sewaktu itu Auddra sedang buat persembahan. Saya dapat panggilan daripada Idan meminta agar saya membawa rakan saya yang merupakan seorang ustaz untuk menolong Amad di belakang pentas.

“Selepas itu saya beritahu Saerah dan dia terus cemas. Selepas Auddra habis buat persembahan, kami terus ke belakang. Bila saya nampak keadaan Amad ketika itu saya sangat sedih. Saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya.

“Ketika itu ada pasukan paramedik. Mereka periksa Amad semuanya okey. Saya sangat kasihan dengan Amad kerana dia adalah calon juara. Saya harap Amad tidak berputus asa. Pasti ada hikmah di atas yang berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Shuib lagi, dia sendiri pernah melalui pengalaman hampir serupa sewaktu bersama arwah Siti Sarah ketika menyertai Gegar Vaganza musim ketiga sembilan tahun lalu.

“Saya tak adalah terkejut sangat dengan tempat ini. Saya pernah dukung Siti Sarah di sini dulu yang tiba-tiba dia tiada di akhir rancangan. Ketika itu saya sudah berada di rumah ustaz.

“Tetapi ini semua kerja Allah. Apa yang kita boleh ambil sebagai pengajaran, kita ambil. TTMM banyak mengajar saya tentang banyak perkara,” jelasnya.

Ditanya adakah kali ini dia lebih berhati-hati menjaga Thalita agar pisang tidak berbuah dua kali, kata Shuib dia tidak terlalu menekankan perkara tersebut namun masih berwaspada.

“Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang ustaz dari Melaka. Dia akan datang tengok setiap minggu. Tetapi bukan bermaksud saya ajak dia datang untuk melindungi Thalita.

“Saya dan Thalita hanya berdoa yang baik-baik sebelum kami melangkah keluar dari rumah.

“Pada saya ini adalah pertandingan untuk budak-budak. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi tak sangka pula budak-budak pun boleh lalui situasi sebegini,” ujarnya.

Terdahulu Amad tiba-tiba rebah dan menjerit kesakitan sebelum membuat persembahan di atas pentas.

Disebabkan itu dia dibawa keluar oleh pengurus pentas, namun dia kembali semula selepas waktu iklan untuk meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, dia dilihat bergelut dengan kesakitan dan tidak dapat membuat persembahan dengan baik sebelum pengsan di akhir persembahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI