fbpx
Gambar hiasan.

Sekolah asrama di Jelebu dipasang CCTV serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Semua sekolah yang memiliki kemudahan asrama dalam Parlimen Jelebu akan dilengkapi kemudahan televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai langkah awal mengesan perubahan pergerakan pelajar.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, langkah serta-merta itu dilakukan susulan berlakunya beberapa kes-kes termasuk kematian pelajar dan murid di negeri ini.

“Kita akan memasang CCTV di semua sekolah asrama di parlimen ini sebagai tindakan serta-merta. Peringkat pertama, ia akan pasang di semua asrama enam sekolah menengah dan dua sekolah rendah.

“Pada peringkat kedua kita akan memanjangkan kemudahan ini ke semua sekolah-sekolah lain. Walaupun Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mulakan, namun di Jelebu baru sebuah sekolah dipasang CCTV.

“Dengan adanya kemudahan ini pihak sekolah boleh memantau perubahan pergerakan dan keselamatan pelajar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini media melaporkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemukan maut di dalam bilik rumah keluarganya di Kuala Klawang, di sini malam kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI