fbpx
PASUKAN penyelamat sedang melakukan operasi SAR mengesan kedudukan kereta Proton Saga yang tenggelam di dalam Sungai Panchor, Pagoh, Muar hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Proton Saga terjunam sungai, pemandu dilaporkan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pemandu kereta Proton Saga dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan sebelum terjatuh ke dalam Sungai Panchor, Pagoh di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang.

Jelasnya, setibanya Pasukan Keluar Operasi mendapati benar berlaku kemalangan sepertimana yang dilaporkan.

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam terjunam ke dalam sungai akibat kemalangan. Nombor pendaftaran kereta belum dapat dikenal pasti.

“Maklumat awal daripada saksi, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta masih berada di dalam kenderaan ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nor Alfatah berkata, identiti mangsa juga belum dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI