fbpx
PASUKAN operasi SAR menemui kereta Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, Pagoh, Muar malam ini. Foto IHSAN BOMBA

Proton Saga terbabas ditemui di dasar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Sebuah kereta Proton Saga yang dilaporkan terbabas selepas terlibat dalam kemalangan sebelum terjatuh ke dalam Sungai Panchor, Pagoh di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), malam ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata, pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Muar melakukan pencarian sebelum menemui kenderaan itu pada pukul 10.21 malam menggunakan teknik marking dan searching.

“Kereta ditemui pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing sungai dengan kedalaman 15 meter. Kerja-kerja membawa naik kenderaan berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian lima minit kemudian.

Setibanya di lokasi, mereka mendapati kereta berwarna hitam itu dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam 12 meter.

Maklumat awal daripada saksi memaklumkan terdapat seorang mangsa yang dipercayai pemandu masih berada di dalam kenderaan terbabit.

Pasukan PPDA dari BBP Muar memulakan selaman pertama pada pukul 5.50 petang menggunakan teknik ‘arch pattern’ diikuti selaman kedua pada jam 6.40 petang bagi mengesan kenderaan tersebut.

Operasi turut disertai pasukan dari BBP Skudai dan BBP Bukit Gambir dengan kekuatan 20 anggota serta pelbagai aset termasuk dua bot fiber, manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI