fbpx
Keadaan perairan Kuala Perlis yang dipenuhi mendapan lumpur.

Perairan Kuala Perlis kembali cetek, jadual feri terpaksa dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Perairan di kawasan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis kembali cetek akibat mendapan lumpur, sekali gus mengakibatkan waktu pelayaran feri terpaksa dipinda bermula Jumaat ini hingga 28 Oktober depan.

Kedalaman air laut bagi pelayaran feri dinaikkan daripada satu kepada 1.2 meter demi memastikan keselamatan feri dan penumpang.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Norhafiz Abdul Wahid berkata, sebanyak 34 perjalanan Langkawi–Kuala Perlis–Langkawi terpaksa diawalkan dan dilewatkan.

“Sebanyak lima perjalanan dari Langkawi dilewatkan manakala 13 perjalanan pula diawalkan dalam tempoh tersebut. Sementara itu, sebanyak lapan perjalanan diawalkan dan lapan lagi dilewatkan dari Kuala Perlis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan membuat hebahan kepada penumpang yang telah membeli tiket mengenai pindaan waktu tersebut melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Penumpang yang ingin membuat penukaran tiket diminta untuk berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan Cuti-Cuti Langkawi bagi pembeli tiket secara dalam talian atau terus ke kaunter bagi mereka yang membeli tiket di kaunter,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI