JAKARTA – Seorang pembantu menerima kecaman orang ramai kerana membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah ketika majikan bercuti selama empat hari di Pulau Bali, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @64dis_ menunjukkan kekasih pembantu rumah terbabit dihalau keluar oleh majikannya selepas dia pulang dari Bali.
Selain berdua-duaan di dalam rumah, mereka tidur di ruang tamu sambil menghidupkan penyaman udara.
“Dia bukan sahaja membawa kekasih tanpa meminta izin, malah tidak memberi makan kepada kucing peliharaan saya selama beberapa hari,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 11.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Cari kerja susah, sudah dapat tidak reti bersyukur pula,” kata seorang netizen.
“Periksa bilik dia! Takut ada barang yang dicuri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI