fbpx
Gambar hiasan

Nelayan di negeri pembangkang terima manfaat Belanjawan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Komuniti nelayan di negeri bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kelantan dan Terengganu antara penerima manfaat utama inisiatif Belanjawan 2026.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, Belanjawan 2025 memperuntukkan diesel bersubsidi pada kadar RM1.65 seliter dikekalkan untuk nelayan.

Menurut beliau, elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan dengan peruntukan RM160 juta pula diteruskan.

Tambah beliau, peruntukan RM500 juta juga diberikan melalui inisiatif membaik pulih rumah daif termasuk 380 rumah nelayan.

Ujar beliau, manfaat-manfaat itu sangat penting dalam memantapkan industri perikanan bagi mencapai agenda keterjaminan makanan dan meningkatkan pendapatan nelayan.

“Ini bukan sekadar program kebajikan, tetapi satu usaha memperkukuh martabat dan kualiti hidup komuniti nelayan.

“Syabas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani atas dasar keadilan sosial yang tidak mendiskriminasi mana-mana negeri dalam mengangkat kebajikan para nelayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz berkata, Belanjawan 2026 bukan sahaja mengimbangi disiplin fiskal dan perlindungan sosial, tetapi juga memberi nafas baharu kepada sektor perikanan dan generasi muda.

Katanya, kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar telah menunjukkan bahawa kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat boleh dicapai serentak tanpa memprejudiskan kepentingan mana-mana golongan.

“Belanjawan 2026 adalah bukti konsolidasi fiskal dapat dilaksanakan tanpa menekan rakyat dan memotong bantuan kepada isi rumah.

“Tahniah kepada Perdana Menteri kerana membentangkan satu lagi belanjawan yang menyakinkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI