fbpx
RAWI menunjukkan MyKad baharunya serta semakan baki SARA yang berkurangan disyaki digunakan oleh orang lain. - Foto FADZIL ZAINOL

MyKad hilang, individu dakwa bantuan Sara RM100 ‘dicuri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 yang diberikan menerusi kad pengenalan (MyKad) didakwa masih boleh digunakan sekali pun kad itu telah hilang atau tidak lagi dipegang oleh pemilik asal.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang individu yang terkejut apabila mengetahui baki Sara di dalam kad pengenalan baharunya telah berkurangan.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd. Rawi Abdullah mendakwa, MyKad yang lama telah hilang pada hujung Julai lalu serta pernah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Bagaimanapun, dakwanya, pada dua minggu lalu sewaktu berada di pasar raya dan membuat semakan status Sara menerusi MyKad baharu, didapati baki sara beliau telah berkurangan menjadi RM2.70 sahaja.

“Sedangkan saya tidak pernah menggunakan lagi duit tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI