fbpx
MPM melihat keperluan untuk memperkasakan acara berpasukan selepas memberikan tumpuan kepada aksi individu sebelum ini. - FB KBSMALAYSIA

MPM mahu bajet naik sekali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) berharap pihaknya memperoleh pengagihan bajet yang lebih besar sekali gus membolehkan badan induk sukan para itu memberi tumpuan untuk memperkasakan acara berpasukan.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pihaknya mengharapkan peruntukan RM25 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membolehkan MPM memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan dan persiapan atlet dalam acara berpasukan.

Katanya, MPM hanya menerima peruntukan sebanyak RM12 juta pada tahun ini, namun jumlah itu dilihat perlu digandakan bagi memastikan kesinambungan program akar umbi serta persiapan rapi menjelang Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2027.

“Dengan peruntukan RM25 juta itu, kita boleh memperluaskan lagi perancangan ke peringkat akar umbi dan memberikan fokus kepada acara berpasukan seperti bola sepak Cerebral Palsy (CP), goalball, sitting volleyball dan beberapa acara lain.

“Kita percaya melalui pendekatan ini, kita boleh melahirkan bakat baharu serta membentuk pasukan yang mampu memberikan cabaran di kejohanan antarabangsa selepas ini,” katanya.

Megat turut menegaskan bahawa MPM telah menggariskan empat fokus utama bagi memastikan agenda pembangunan sukan para negara dapat direalisasikan sepenuhnya.

“Pertama, kalau boleh, peruntukan itu perlu ditambah. Kedua, dana harus disalurkan terus kepada persatuan untuk pembangunan akar umbi dan pencarian bakat baharu. Ketiga, dana itu wajar diberikan terus kepada Persatuan Para Kebangsaan bagi mengurangkan birokrasi,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa fokus terakhir adalah usaha memperkasakan sukan berpasukan yang dilihat semakin ketinggalan berbanding acara individu.

“Sekarang ini, Majlis Sukan Negara (MSN) banyak memberi tumpuan kepada atlet individu, sedangkan kita tidak boleh abaikan atlet berpasukan. Inilah masa untuk kita ubah pendekatan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI