fbpx
GAMBAR HIASAN

MCA nafi merajuk sebab tidak dapat ‘mainan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemimpin MCA tidak pernah merajuk kerana tidak dapat ‘mainan’ (jawatan Kabinet) dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sebaliknya pemimpin MCA yang bertegas tidak akan menyertai Kabinet.

Menurut beliau, MCA tidak akan sewenang-wenang mengubah pendirian atau menggadai prinsip politik demi jawatan dalam Kabinet.

“MCA sentiasa menjunjung integriti dan prinsip politik serta tidak akan sewenang-wenangnya mengubah pendirian atau menggadai prinsip demi keuntungan yang sementara.

“Apabila Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, MCA sudah menyatakan tidak akan menyertai Kabinet. Pendirian MCA kekal teguh sehingga hari ini.

“Kami adalah parti bermaruah, berprinsip dan tidak akan sesekali melutut hanya kerana mahu mendapatkan ‘mainan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terdapat pemimpin MCA dan MIC merajuk kerana tidak dapat ‘mainan’

Teik Cheng berkata, kenyataan Presiden UMNO secara terbuka itu menimbulkan persoalan adakah kerjasama UMNO dan DAP wujud sebab diberikan ‘mainan’

Beliau turun menyarankan Ahmad Zahid membuat tinjauan sama ada akar umbi UMNO benar-benar menyokong kerjasama UMNO-DAP.

“Hakikatnya DAP melawan BN selama berpuluh tahun. Bukan sahaja MCA, tetapi mereka juga menyerang dan menghina UMNO dengan begitu dahsyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI