fbpx
Anwar Ibrahim berucap pada Forum Kewangan Islam Global 2025 di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hab kewangan Islam global dipercayai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia secara konsisten diiktiraf sebagai hab kewangan Islam global yang dipercayai, menjadi tempat untuk pelabur menemui kestabilan, kejelasan dan peluang berpandukan prinsip etika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Malaysia dalam menggabungkan inovasi dengan nilai moral telah menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan yang diyakini dunia.

“Berdasarkan pengalaman saya berinteraksi dengan pelabur dari Timur Tengah, ASEAN, Turkiye, Eropah dan rantau lain, adalah jelas bahawa dunia kini mencari sistem kewangan yang bukan sekadar menjana keuntungan, tetapi juga membawa tujuan yang bermakna.

“Kita membangunkan sektor takaful yang berdaya saing. Kita turut menerima pakai teknologi kewangan dan platform digital bagi zakat serta wakaf, menghubungkan tradisi dengan teknologi moden.

“Atas sebab inilah Malaysia secara konsisten diiktiraf sebagai hab global yang dipercayai, tempat pelabur menemui kestabilan, kejelasan dan peluang, berasaskan prinsip etika,” katanya ketika merasmikan pembukaan Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 di Sasana Kijang, hari ini.

Sempena majlis berkenaan, BNM dan Majlis Kepimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) turut mengumumkan pemenang MIFC Global Impact Challenge 2025, yang mana anugerah telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Penerima anugerah bagi kategori Daya Tahan Sosial di raih oleh e-Wakalah, Gobarakah dan Koha Islamic Digital, manakala Bagh-e menerima anugerah bagi kategori Daya Tahan Iklim.

Pemenang menerima hadiah wang tunai dan sokongan selepas program menyeluruh oleh Asia School of Business’ Innovation & Entrepreneurship Center dengan kerjasama rakan strategik global lain sehingga 12 bulan untuk membantu membangunkan dan mengembangkan penyelesaian mereka.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, Kadar Islam Semalaman Malaysia, yang dipanggil MYOR-i akan menjadi kadar rujukan mandatori bagi produk kewangan Islam bermula 1 Julai 2027.

Menurut beliau, perubahan tersebut bukan sekadar pelarasan teknikal, namun merupakan transformasi struktur.

“Sebagai kadar penanda aras Islam berasaskan transaksi pertama di dunia, ia membawa ketelusan, konsistensi dan penjajaran syariah ke dalam teras kewangan Islam,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI