Langit malam di Universiti HELP, kampus Subang 2, Selangor baru-baru ini penuh bergemerlapan. Bunga api berdentuman di angkasa dan tanglung-tanglung bercahaya menyinari segenap ruang kampus. Keriangan terpancar di wajah masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang hadir bersama-sama menikmati malam yang spektakular bersempena perayaan Mid Autumn itu. Begitulah suasana yang dapat dirasakan apabila The Malaysian Public Library Research and Development Centre (MPLRDC) bekerjasama dengan Universiti HELP menganjurkan Festival 1,000 Tanglung di universiti tersebut. Malam kebudayaan, cahaya dan komuniti tersebut diisi dengan acara……