fbpx

Liza Hanim, Marsya Q juara TTMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Konsert Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) menyaksikan pasangan Liza Hanim dan Marsya Qistina dinobat sebagai juara sulung.

Dalam acara yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, peserta ibu dan anak itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM30,000 beserta trofi dan peluang merakamkan single baharu.

Liza sewaktu menyampaikan ucapan berkata kejayaan yang diraih merupakan rezeki anaknya kerana dia sendiri tidak pernah menang apa-apa pertandingan sebelum ini.

“Terima kasih kepada pihak produksi. Anda semua adalah hero. TTMM berjaya bukan kerana kam tapi kerja keras semua. Marsya mama tak pernah menang apa-apa. Ini adalah rezeki awak. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat,” katanya.

Sementara itu Marsya pula berterima kasih kepada pihak produksi kerana nampak potensinya.

“Syukur alhamdulillah atas rezeki ini. Pertama kali saya nak cakap terima kasih pada Astro sebab nampak potensi Marsya dengan mama. Terima kasih produksi layan kerenah mama. Terima kasih barisan juri dan terima kasih peminat untuk segalanya,” katanya.

Kedudukan nasib juara pula diraih oleh pasangan Shuib dan Thalita. Mereka membawa pulang RM15,000 beserta trofi. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik pasangan Sharifah Shahirah dan Auddra. Mereka membawa pulang RM10,000 beserta trofi.

Pasangan Ameng dan Ammar pula dikedudukan keempat, Ina Naim dan Hadie di kedudukan kelima. Kedua-dua pasangan ini membawa pulang hadiah RM5000 beserta trofi.

Tempat keenam pula menjadi milik pasangan Siti Sairah dan Amad. Amad bergelut dengan masalah kesihatan dan markahnya tidak diambil kira oleh juri.

Mereka membawa pulang wang tunai RM3000 dan sebuah trofi. Sairah juga membawa pulang anugerah Manager Paling FYP dan membawa pulang RM500. KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN