fbpx
Ramanan pada Majlis Pelancaran Koperasi Anak Istimewa Selangor Berhad di Kampung Melayu Subang baru-baru ini.

Koperasi untuk anak istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Koperasi Anak Istimewa Selangor Berhad yang dilancarkan beberapa hari lalu memberi ruang kepada kanak-kanak istimewa turut serta dalam dunia keusahawanan dan ekonomi komuniti.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata, antara aktiviti ekonomi dimaksudkan adalah penanaman sayur-sayuran, buah-buahan serta bunga-bungaan.

“Hasil tanaman ini bukan sahaja diproses menjadi produk seperti jus dan cordial, malah keuntungannya akan disalurkan semula bagi membantu lebih ramai anak istimewa di bawah jagaan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sinar Harapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, Koperasi Anak Istimewa Selangor Berhad merupakan inisiatif PPDK Sinar Harapan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh.

Menurut beliau, inisiatif itu mencerminkan semangat Koperasi Madani membina empati sosial dan tanggungjawab bersama dalam memperkasakan golongan istimewa agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Katanya, beliau telah mengarahkan SKM Cawangan Negeri Selangor serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh untuk terus membimbing dan membantu koperasi itu agar dapat beroperasi secara mampan, berdaya saing dan memberi impak sebenar kepada komuniti anak-anak istimewa.

“Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan terus menyokong koperasi seperti ini yang berperanan sebagai pemangkin ekonomi komuniti serta model sosial inklusif sejajar dengan prinsip Malaysia Madani.

“Semoga pelancaran Koperasi Anak Istimewa Selangor Berhad ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kisah kejayaan anak-anak istimewa yang mampu berdiri sama tinggi dan berkongsi kebanggaan bersama masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI