fbpx
HAALAND meledak hatrik ketika membantu Norway membenam Israel untuk mengukuhkan laluan mereka ke pusingan akhir Piala Dunia. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Haaland terus pamer magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Penggempur Norway, Erling Haaland muncul pemain kenam yang berjaya menjaringkan 50 gol bersama pasukan kebangsaan masing-masing dalam tempoh kurang 50 penampilan.

Bintang Manchester City itu meledak jaringan hatrik untuk membantu Norway membelasah Israel 5-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus mencerahkan laluan mereka untuk layak selaku juara kumpulan.

“Saya akan berasa kecewa jika pemain tidak melakukan sehabis baik pada perlawanan ini. Saya tidak fikir saya akan bercakap banyak tentang peluang ke Piala Dunia dan fokus kami adalah untuk menang perlawanan seterusnya,” kata pengurus Norway, Stale Solbakken.

Jaringan hatrik itu bukan sekadar membantu Norway memburu impian ke Piala Dunia, sebaliknya ia juga menjadi gol ke-21 buat Haaland bagi saingan musim baharu di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan.

Haaland sepatutnya mampu mencetak nama sebagai penjaring untuk empat gol pada perlawanan berkenaan, namun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh seawal minit kelima.

Pencapaian itu menyaksikan Haaland memintas prestasi beberapa pemain berprofil tinggi lain termasuk Harry Kane, Robert Lewandowski, Neymar, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pada aksi itu juga turut disajikan dengan protes pro-Palestin yang menyaksikan kira-kira 1,000 penyokong membakar suar dan mengibarkan bendera Palestin ketika menuju ke Stadium Ullevaal.

Di awal perlawanan, bendera Palestin turut dikibarkan dalam stadium dan penyokong turut mengibarkan kain rentang “Let Children Live”, malah ada diantara penyokong mengejek lagu kebangsaan Israel.

Sepanjang perlawanan, Haaland berpeluang untuk menambah lebih banyak gol termasuk dua kali gagal menyempurnakan penalti.

Dua lagi gol Norway terhasil menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Anan Khalaili dan Idan Nachmias. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI