fbpx
SELESAI melakukan adat Mitoni atau mandi bunga dalam adat Jawa bagi wanita yang bakal bersalin, Siti Saleha terbuka berkongsi khabar bakal menimang anak sulung lelaki.

Kami akan menimang anak lelaki – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres Siti Saleha mengotakan janji apabila mengumumkan khabar gembira bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 35, itu berkongsi berita gembira tersebut pada majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa baru-baru ini.

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar.

“Kami akan menimang anak lelaki,” katanya yang sebelum ini pernah berjanji akan berkongsi perkara tersebut usai majlis mandi Mitoni seperti dirancang keluarga mentua.

Menerusi majlis sama, suaminya, Joshua Fitton dilihat turutt menyiram isterinya dengan air mandian bunga .

Pengumuman jantina pula dilakukan apabila beberapa individu melepaskan kepulan asap berwarna biru yang sinonim dengan jantina lelaki.

Terdahulu, bintang yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu mengumumkan sedang berbadan dua dan memasuki trimester ketiga pada Julai lalu.

Difahamkan, kini usia kandungannya sudah memasuki enam bulan.

Siti Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Bentong, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI