fbpx
Anwar meminta badan penguatkuasaan jangan takut dengan tekanan dan jangan tunduk pada kuasa.

Jangan takut dengan tekanan dan jangan tunduk pada kuasa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta badan penguatkuasaan jangan takut dengan tekanan dan jangan tunduk pada kuasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang dan integriti mesti kekal sebagai nadi serta roh dalam setiap perkhidmatan awam.

“Saya berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada semua badan penguatkuasaan yang berani bertindak tanpa gentar.

“Kita harus insaf bahawa kekuatan negara bukan hanya bergantung pada ilmu dan kepakaran, tetapi pada nilai moral serta prinsip etika yang menjadi panduan dalam setiap tindakan dan keputusan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, kerajaan belajar daripada kesilapan dan mendengar suara rakyat serta berani melakukan perubahan dengan tujuan yang jelas.

Kata beliau, kerajaan sedia ada memperkukuh tadbir urus, membanteras ketirisan, menentang rasuah serta mengekang penyeludupan yang merugikan negara.

Ujar beliau, setiap pengalaman dilalui tersimpan pelajaran berharga yang membentuk kebijaksanaan dan kematangan kerajaan serta penjawat awam.

“Marilah kita terus bekerja dengan tekad dan kejujuran, menjunjung amanah yang diberikan rakyat, demi keluarga, masyarakat dan masa depan Malaysia yang bersih, berintegriti dan bermaruah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI