PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.
“Selain itu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang turut terlibat dalam ramalan cuaca buruk manakala di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” ujarnya.
Amaran kawasan lain yang terbabit di Negeri Sembilan, hanya Jelebu manakala Kuching (Bau dan Lundu), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Bagi negeri Sabah, Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu) turut terjejas dengan amaran cuaca buruk itu. -KOSMO! ONLINE