fbpx
KALLAS  bercakap kepada pemberita di Bandar Raya Kuwait pada 6 Oktober lalu. – AFP 

 EU akan mulakan misi pantau sempadan Gaza-Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) akan memulakan semula misi pemantauan sempadan Gaza-Mesir Rabu ini bagi  menyokong perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Presiden Donald Trump.

“EU bersedia memainkan peranannya,” kata diplomat kanan EU, Kaja Kallas di platform X selepas Hamas membebaskan kumpulan pertama tebusan Israel hari ini sebagai sebahagian syarat perjanjian gencatan senjata.

Blok 27 negara itu menubuhkan misi serupa pada tahun 2005 untuk membantu memantau Lintasan Rafah, tetapi digantung dua tahun kemudian selepas kumpulan Hamas menguasai Genting Gaza.

Misi pemantauan dikenali sebagai EUBAM itu bertujuan untuk menyediakan kehadiran pihak ketiga lagi neutral di lintasan sempadan utama tersebut, melibatkan polis dari Itali, Sepanyol dan Perancis. 

Dalam kenyataan berasingan, ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, sidang kemuncak Gaza di Sharm el-Sheikh hari ini untuk memuktamadkan perjanjian menamatkan perang akan menjadi ‘tonggak sejarah’.

“Blok ini menyokong sepenuhnya rancangan damai yang diusahakan oleh Amerika Syarikat, Qatar, Mesir, dan Turkiye.

“Kami bersedia menyumbang kepada kejayaannya dengan semua mekanisme  yang kami ada termasuk memberikan sokongan terhadap tadbir urus dan pembaharuan Pihak Berkuasa Palestin,” kata von der Leyen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI