fbpx
DEPAY

Depay cipta sejarah assist terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMSTERDAM – Penyerang sensasi, Memphis Depay terus membuktikan status antara pemain Belanda terbaik sepanjang zaman selepas memecahkan satu lagi rekod ketika menang 4-0 ke atas Finland awal pagi tadi.

Pada aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2026 itu, Depay mempamerkan aksi cemerlang untuk meledak satu gol, manakala tiga lagi jaringan disumbangkan oleh Virgil van Dijk, Donyell Malen dan Cody Gakpo.

Bintang kelab Corinthians di Brazil itu yang bergelar penjaring terbanyak dalam sejarah The Oranje bulan lalu, telah melakukan umpanan tepat kepada Malen dan Gakpo untuk mencipta 35 ‘assist’ sekali gus mengatasi rekod sebelum ini milik Wesley Sneijder.

“Saya mungkin akan dapat ucapan tahniah daripada Sneijder. Secara peribadi, kita sangat merindui kelibat pemain seperti Sneijder yang menjadi perancang sejati selain memiliki keupayaan kaki kiri dan kanan yang seimbang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Belanda, Ronald Koeman mengakui pasukannya masih belum sempurna dan sepatutnya boleh menang dengan jaringan yang lebih besar jika memanfaatkan semua peluang terhidang.

“Anda boleh lihat keinginan pemain untuk melakar keputusan positif apabila melakukan asakan sejurus wisel permulaan ditiupkan.

“Namun, saya rasa masih ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki kerana kalau kita lihat negara Sepanyol, mereka menjadi contoh pasukan yang berkualiti apabila barisan pemain berjuang sehingga ke penghujung saingan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI