fbpx
Gambar hiasan.

Calon SPM ditemukan maut dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemukan maut di rumah keluarganya di Jelebu, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Balai Polis Kuala Klawang menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu mengenai insiden melibatkan remaja perempuan berusia 17 tahun itu pada pukul 11.50 malam.

“Siasatan awal mendapati remaja itu dijumpai dalam sebuah bilik rumah teres milik keluarganya. Pemeriksaan mendapati si mati mengunci pintu dari dalam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh remaja tersebut tidak menemukan sebarang kesan kecederaan akibat pergelutan atau perlakuan jenayah.

“Selain itu, tiada kesan penggeledahan di dalam bilik tersebut dan tiada barangan peribadi milik si mati yang hilang,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Menurut Alzafny, bedah siasat ke atas mayat remaja itu dijalankan pada pukul 10 pagi semalam dan mendapati kematiannya adalah disebabkan (hanging) gantung diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mendatangkan mudarat awam dan sensitiviti keluarga mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN