PETALING JAYA – Di sebalik wajah yang tersenyum, tersimpan seribu duka apabila seorang wanita Gaza dilihat membina semula rumahnya daripada sisa runtuhan yang dibedil tentera Zionis.
Menerusi video hantaran di TikTok oleh @syifa_ufaira, wanita itu kelihatan membersihkan dan mencuci kawasan rumahnya yang musnah, selain menanam beberapa pokok kecil untuk menghidupkan kembali suasana.
Walaupun dalam situasi huru-hara dan kesedihan akibat serangan, wanita tersebut tetap tabah memulihkan apa yang termampu dengan senyuman.
Video tersebut menyentuh hati pengguna media sosial yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan wanita itu dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
“Masih lagi mengukirkan senyuman, hebatnya kalian wahai umat Palestin. Cekalnya kamu walau apa jua dugaan kalian, patutlah kamu semua hebat!,” kata Dyana Razali di ruangan komen.
“Kita yang tenggelam banjir dua hari pun muka susah untuk senyum nak kemas rumah. Dia perang dua tahun mampu tersenyum gembira,” komen Abetah.
“Walaupun rumah dia hampir hancur, dia mampu tersenyum weh dengan ujian Allah ni. Kalau aku yang lemah iman ni tak tahu lah apa jadi. Sebab tu diorang (mereka) orang-orang terpilih duduk di tanah Palestin,” komen Mumy. – KOSMO! ONLINE
@syifa_ufairaA people who have proven to the whole world that I am the youngest child among them..♬ original sound – syifa_ufaira