fbpx
Tangkap layar video memaparkan tiga peserta Global Sumud Flotilla dari Australia disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang di negara berkenaan.

[VIDEO] Hanya tiga peserta, lapangan terbang Australia tetap meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambutan terhadap peserta Sumud Flotilla di sebuah lapangan terbang di Australia tetap meriah meskipun hanya tiga rakyat negara itu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza sebelum ini.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Kakjunnthesuri berkongsi video yang memaparkan suasana meriah sambutan tiga wira tersebut.

Menerusi klip video sama, kelihatan ratusan rakyat menyambut kepulangan peserta GSF dengan laungan ‘Free, Free Palestine’, ‘Palestine Will Be Free’ dan Allahuakbar.

“Di Australia walaupun wakil Sumud Flotilla tiga orang, tetap meriah disambut muslim dan non-muslim. Punya besar Australia pun mereka pandai nak hargai,” tulis @Kakjunnthesuri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap penduduk Australia yang menghargai perjuangan rakyat mereka dalam membebaskan negara Palestin.

“Masya-Allah, Allah hadirkan orang-orang dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama kerana Palestin. Kerana Palestin juga kita bersatu satu dunia,” tulis @suryana_sueana.

Turut meninggalkan komen pengguna Threads dikenali sebagai @dila_sadali.

“Dahsyat sambutan, meremang dengar mereka syahadah dan takbir, dari sungai hingga ke laut, Palestin pasti merdeka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI