fbpx
BEREGU lelaki negara, Choong Hon Jian (kanan) dan Muhammad Haikal (kiri) gagal ke pentas final Terbuka Arctic 2025.

Terbuka Arctic: Langkah Haikal-Hon Jian tersekat di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Impian beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian untuk menempah tiket final Kejohanan Badminton Terbuka Arctic lebur selepas gandingan ranking 47 dunia tumpas di peringkat separuh akhir, hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Energia Areena Vanta, Finland itu, Haikal-Hon Jian bermula baik pada awal perlawanan namun beregu ranking 15 dunia dari England, Ben Lane-Sean Vendy tampil lebih agresif untuk menguasai perlawanan tersebut.

Bintang England semakin meningkat naik tersebut dilihat terus menekan beregu negara sebelum mereka tumpas straight set 16-21, 23-25 dalam tempoh 47 minit pertarungan.

Meskipun, Haikal-Hon Jian cuba mencipta kebangkitan pada set kedua, namun beberapa kesilapan mudah di hujung set permainan memberi ruang kepada pasangan England menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya.

Biarpun tewas, pencapaian mara ke separuh akhir adalah yang terbaik buat Haikal-Hon Jian pada tahun ini dan terutama sekali selepas mereka melakar kejutan menyingkirkan pilihan ketiga dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada pusingan suku akhir semalam.

Kekalahan kepada Lane-Vendy menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan kini terikat 1-1. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI