Gadis Pesona Ahad minggu ini, Nur Syamimi Shahrolizam, 21, tekad mengorak langkah sebagai yang pertama dalam keluarga menceburi bidang kejuruteraan. Ironinya, Syamimi yang berasal dari Alor Gajah, Melaka sering disarankan memilih bidang fesyen oleh keluarga kerana rupa parasnya yang menawan dan gaya penampilannya yang menarik. Kepada Kosmo! Ahad Syamimi berkongsi cerita. KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri anda? Syamimi: Saya baru saja tamat Diploma Kejuruteraan dan bakal menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Pembuatan di UiTM Cawangan Pulau…