fbpx
Ahmad Zahid ketika adakan lawatan di Sekolah Politik UMNO di WTC semalam.

Sekolah Politik UMNO gilap pemimpin muda – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kesinambungan perjuangan parti bergantung kepada usaha melahirkan generasi pelapis yang berilmu, beradab dan matang dalam berpolitik.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kelas pengajian Sekolah Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi.

“Alhamdulillah, saya lihat sinar masa depan pada wajah anak-anak muda yang hadir dengan semangat tinggi untuk memahami politik sebagai medan khidmat dan amanah membela rakyat serta mempertahankan maruah bangsa,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut beliau, pengajian di Sekolah Politik UMNO bukan sekadar mengupas teori, sebaliknya menjadi asas kepada pembinaan jati diri, idealisme dan daya juang generasi pelapis parti.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pelajar agar terus menuntut ilmu, berfikir secara kritikal dan berjuang dengan keikhlasan hati.

“Jangan takut berbeza pandangan, tetapi pastikan perbezaan itu membawa kita lebih dekat kepada kebenaran dan kemajuan,” katanya.

Beliau yakin UMNO akan terus menjadi wadah yang membimbing generasi muda supaya berpolitik dengan adab, berhujah dengan ilmu serta berkhidmat kepada bangsa dan tanah air.

Katanya lagi, Sekolah Politik dan Sekolah Patriotik UMNO menjadi platform penting untuk menyemai kefahaman perjuangan sebenar kepada pewaris masa depan parti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI