fbpx
Nie Ching (lima dari kiri) pada Program Gotong-Royong Perdana Sempena Hari Habitat di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai hari ini. Foto oleh MUHAMMAD FAIZAL HASHIM / KOSMO!

Salam jamin ketersambungan internet, data seluruh negara – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Pembinaan sambungan Kabel Dasar Laut Madani (Salam) yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dengan peruntukan RM2 bilion akan menjamin ketersambungan internet dan penghantaran data di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer (km) itu merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh infrastruktur digital sekali gus menampung kapasiti Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (Scream) yang digunakan sebelum ini.

“Scream sudah lama diwujudkan, jadi kapasitinya pun sudah (tiba masanya), ada keperluan untuk kita membina satu kabel dasar laut baharu.

“Data yang kita hantar melalui Internet sekarang memang sangat banyak, jumlahnya makin meningkat khasnya pada zaman kecerdasan buatan (Al),” katanya selepas merasmikan Hari Habitat di Kampung Melayu Bukit Batu di Muka Saur Loji Air SAJ Bukit Batu, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 mengumumkan pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 km yang akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI