fbpx
Mohamad (dua dari kiri) hadir ke Karnival Rakyat bersama Timbalan Ketua Menteri - Siri Jelajah Takaful Masuk Kampung di SMK Sungai Ara, hari ini.

Projek rumah warga emas mandiri di Kepala Batas tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Projek rumah warga emas mandiri di atas tanah Baitulmal di Pongsu Seribu, Kepala Batas dijangka dimulakan tahun depan menerusi kerjasama strategik antara Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, projek berkonsepkan ‘one stop center’ itu merupakan perintis pertama di Pulau Pinang dan bakal menjadi model kepada pembangunan tanah-tanah Baitulmal di negeri lain.

Menurutnya, projek tersebut akan dilaksanakan dengan pembiayaan sebanyak RM35 juta menerusi anak syarikat KWAP, KWAP Estate Management (KWEST) di atas tanah seluas 10 ekar.

“Pembinaan dijangka bermula tahun depan dan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Projek ini akan menempatkan sebanyak 290 unit rumah mandiri warga emas, lengkap dengan kemudahan seperti surau, taman, pusat Islam, restoran dan pusat penjagaan,” katanya selepas merasmikan Karnival Rakyat bersama Timbalan Ketua Menteri – Siri Jelajah Takaful Masuk Kampung, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara, di sini hari ini.

Mohamad berkata, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang melaksanakan inisiatif itu hasil siri perbincangan antara KWAP dan MAINPP sejak September tahun lalu yang turut melibatkan beberapa sesi lanjutan sehingga Ogos 2025.

“Daripada peruntukan keseluruhan RM300 juta yang diumumkan KWAP, sebanyak RM35 juta disalurkan untuk projek perintis ini di Kepala Batas.

“Ia menandakan komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan kesejahteraan warga emas turut diperkasakan selaras dengan prinsip Islam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI