fbpx
Pasangan suami isteri yang juga sukarelawan Malaysia, Mohd. Alauddin dan Dr. Fauziah Mohd Hasan disambut oleh ahli keluarga di KLIA Terminal 1 hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Peserta flotila diseret, diikat dan dipaksa melutut sejam – Prof. Alauddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – “Ada aktivis antarabangsa diseret sejauh kira-kira 200 meter dan disuruh melutut selama satu jam dengan tangan dilipat ke belakang sampai nak patah.”

Itu pengalaman perit yang dikongsikan aktivis Misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Miles to Gaza (TMTG), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali mengenai kekejaman tentera Israel selepas tiba di tanah air hari ini.

Menurut beliau, insiden itu berlaku selepas kapal yang dinaiki mereka ditahan pihak Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Gaza sebelum kesemua aktivis dibawa ke Pelabuhan Ashdod dan dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel.

“Ada antara kami diseret keluar dari kapal selepas hampir 14 jam ditahan di tengah lautan. Mereka mengarahkan kami melutut atas jalan batu selama sejam dengan tangan diikat ke belakang, tapi ada aktivis dari negara lain lebih teruk dipukul dan ditendang,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Dr. Alauddin yang mengetuai sembilan sukarelawan Malaysia berkata, walaupun berdepan kekasaran fizikal, beliau dan rakan aktivis lain tetap tenang, malah tidak pernah menyesal menyertai misi kemanusiaan tersebut kerana apa yang dialami dianggap begitu kecil berbanding penderitaan rakyat Gaza.

Katanya, sepanjang misi itu, tiada sebarang insiden sabotaj berlaku dalam kalangan aktivis, malah semua peserta disaring dengan teliti oleh pihak penganjur antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesatuan pasukan terjamin.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kesemua sembilan rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel selamat mendarat di KLIA Terminal 1 pada pukul 3.55 petang dalam keadaan sihat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI