fbpx
Anggota bomba melakukan aktiviti mencari dan menyelamat seorang lelaki dikhuatiri lemas di Air Luit, Pertak Campsite, pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Pemuda ditemui lemas di Air Luit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di kawasan Air Luit, Pertak Campsite, di sini pagi tadi, ditemui lemas oleh pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa, Muhammad Salahuddin Ismail, 21, dijumpai oleh pasukan penyelamat pada pukul 11.45 pagi.

“Mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira lima meter, pada jarak lebih kurang 25 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa berjaya dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di kawasan Air Luit, pagi tadi.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.47 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu melibatkan 12 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bantuan Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan BBP Pelabuhan Klang turut digerakkan bagi mengesan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI