fbpx
MCMC

Media diingatkan lapor kes pelajar secara beretika – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa media melaporkan kes salah laku seksual melibatkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Melaka secara beretika.

MCMC dalam kenyataannya berkata, media perlu bertanggungjawab, tanpa menyiarkan kandungan sensasi yang boleh menjejaskan siasatan atau memberi tekanan emosi kepada mangsa.

“Pengamal media juga diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat sensitif yang boleh menyebabkan identiti mangsa dikenal pasti. (Ini) selaras dengan larangan dalam Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai turut diingatkan bahawa tindakan menyebar atau mengedar video atau bahan sedemikian menerusi perkhidmatan dalam talian merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“МСМС sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan sebarang kandungan berpotensi mengganggu siasatan atau menjejaskan emosi mangsa dapat diturunkan daripada platform media sosial,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan empat pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di negeri itu direman selama enam hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan kes salah laku seksual.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.50 petang, 2 Oktober lalu di dalam sebuah kelas. Perbuatan terkutuk itu dirakam menggunakan telefon bimbit dua daripada suspek terbabit.

Insiden terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat daripada guru sekolah mengenai penyebaran video berkenaan sebelum membuat laporan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI