fbpx
Amirudin ketika berucap pada Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

Masih ada pihak tidak patuh Akta Bahasa Kebangsaan, Perkara 152 – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penggunaan bahasa Melayu perlu diperkukuh dan diperkasa supaya seluruh masyarakat dapat mematuhi peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.

Ini kerana kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat segelintir pihak masih tidak patuh terhadap peruntukan Perlembagaan yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Malah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lalu turut menegaskan komitmennya supaya penggunaa Bahasa Melayu perlu diperkukuh.

“Antara perkara yang ditekankan dalam ucapan beliau itu ialah tentang sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia yang tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Perkara ini sedikit sebanyak telah menganggu perkara yang terdapat dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Perkara 152 yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampamg Jaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sempena Kepengerusian ASEAN, Malaysia perlu menggunakan platfom itu bagi menonjolkan bahasa Melayu kepada masyarakat antarabangsa.

“Kita boleh lakukannya melalui alat-alat kreatif contohnya seperti dalam nyayian, novel, budaya, muzik ataupun filem. Contohnya kita ada animasi popular seperti Ejen Ali, Upin Ipin ataupun Boboiboy.

“Jadi perkara (alat kreatif) ini penting untuk kita terjemahkan dan boleh membuatkan kita terkenal sebagaimana hebatnya J-Pop dan K-Pop yang kini menguasai sebahagian kehidupan anak-anak kita ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI