fbpx
Zahari (tiga dari kanan) sewaktu melepaskan benih anak udang ke dalam sungai di Program Pelepasan Benih Udang Galah di Jambatan Putus Buloh Kasap, Segamat hari ini. Foto oleh FARAHWAHIDA AHMAD / KOSMO!

Lepaskan 1.6 juta benih anak udang galah cipta rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Jabatan Perikanan Johor mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) selepas melepaskan sebanyak 1.6 juta ekor benih anak udang galah di sekitar perairan sungai di negeri Johor secara serentak hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip, pelepasan serentak benih anak udang galah itu dilakukan di tujuh perairan sungai daerah meliputi daerah Segamat, Batu Pahat, Tangkak, Muar, Mersing, Kluang dan Kota Tinggi.

“Di Segamat umpamanya kita melepaskan benih anak udang galah sebanyak 475,000 ekor ke dalam Sungai Buloh Kasap.

“Program ini bukan saja meningkatkan bekalan dan populasi udang galah di negeri ini, tetapi turut bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya melepaskan benih hasil air tawar berdasarkan spesies yang ditentukan oleh Jabatan Perikanan Johor,” katanya ketika ditemui dalam Program Pelepasan Benih Anak Udang Galah di Jambatan Putus Buloh Kasap di sini, pagi hari ini.

Pengiktirafan itu diberikan wakil MBOR bagi kategori pelepasan benih anak udang galah serentak terbanyak di Malaysia.

Pada majlis sama dengan kerjasama Jabatan Perikanan Johor itu, Zahari turut menyerahkan pelbagai kelengkapan menangkap ikan antaranya lampu suluh dan jaket keselamatan bernilai RM400,000 kepada 34 nelayan darat di Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI