fbpx
Anggota bomba sedang melakukan aktiviti mencari dan menyelamat seorang lelaki dikhuatiri lemas di Air Luit, Pertak Campsite. Foto IHSAN BOMBA

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Air Luit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di kawasan Air Luit, Pertak Campsite, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.47 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu melibatkan 12 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 10.08 pagi, pasukan mendapati benar berlaku insiden seorang lelaki berusia 21 tahun telah hilang dan disyaki lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda.

“Bantuan Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan BBP Pelabuhan Klang turut digerakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kini sedang melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang dan operasi masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN