fbpx
Kapal Pengawal Pantai China (kanan) menembak meriam air ke arah kapal biro perikanan Filipina (kiri) berhampiran Pulau Thitu di Laut China Selatan hari ini. - AFP

Lagi konfrontasi kapal China, Filipina di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Pengawal Pantai Manila menuduh kapal China sengaja merempuh kapal milik kerajaan Filipina yang berlabuh berhampiran sebuah pulau di Laut China Selatan hari ini.

Konfrontasi antara kapal Filipina dan China kerap berlaku di perairan yang dipertikaikan dan dituntut hampir kesemuanya oleh Beijing itu, walaupun terdapat keputusan antarabangsa bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang.

Filipina berkata, sebuah kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah BRP Datu Pagbuaya, sebuah kapal milik biro perikanan Manila pada pukul 9.15 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Hanya tiga minit kemudian, kapal yang sama (China) sengaja merempuh buritan bot Filipina, menyebabkan kerosakan kecil pada struktur tetapi tiada kecederaan kepada anak kapal,” kata kenyataan itu.

Pengawal Pantai Manila berkata, insiden berlaku berhampiran Pulau Thitu, sebahagian daripada Kepulauan Spratly di mana Beijing berusaha untuk menegaskan tuntutan kedaulatannya selama bertahun-tahun.

Gambar dan video yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan sebuah kapal Pengawal Pantai China dengan meriam air yang diaktifkan, mengekori rapat kapal BRP Datu Pagbuaya.

“Walaupun adanya taktik buli dan tindakan agresif ini, kami tidak akan gentar atau dihalau,” kata Pengawal Pantai Filipina.

Sementara itu, jurucakap Pengawal Pantai China, Liu Dejun berkata, insiden berlaku apabila kapal Filipina itidak mengendahkan amaran keras berulang kali daripada pihaknya dan menghampiri kapal lain secara berbahaya. 

“Tanggungjawab penuh terletak pada pihak Filipina,” kata Dejun dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, kerajaan Filipina berkata, seorang cedera apabila serangan meriam air oleh kapal Pengawal Pantai China mengenai sebuah lagi kapal biro perikanan, BRP Datu Gumbay Piang, berhampiran Beting Scarborough yang dikawal Beijing.

Pada Ogos lepas, sebuah kapal tentera laut China bertembung dengan satu daripada Pengawal Pantainya sendiri ketika mengejar bot peronda Filipina berhampiran beting sama. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI