fbpx
Gambar hiasan

Kanak-kanak 4 tahun positif Influenza A, punca sebenar kematian masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia pada 8 Oktober lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini didapati positif Influenza A, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Menurut KKM, siasatan awal mendapati pesakit mula mengalami demam panas pada 5 Oktober lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada keesokan hari, namun dalam perjalanan pulang dari klinik kanak-kanak itu mengalami sawan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Oleh kerana keadaan kes kritikal, pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU). Pesakit itu kemudian disahkan meninggal dunia pada 8 Oktober dan siasatan awal mendapati punca kematian adalah kerana radang otak (ensefalitis) yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis virus.

“Pelbagai ujian makmal dijalankan bagi menentukan punca kematian. Antara keputusan makmal adalah positif Influenza A, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu,

Sehubungan itu, KKM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka tabah menghadapi kehilangan tersebut dan turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap jangkitan Influenza A khususnya semasa musim peningkatan kes.

“Influenza boleh pulih tanpa rawatan khusus namun individu yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan atau keletihan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran terutama kanak-kanak dan individu berisiko tinggi bagi mengelakkan komplikasi serius,” kata KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI