fbpx
Hamidi (kanan) menunjukkan sebuah van yang disita menerusi Operasi Fokus (Prebet Sapu) di Depoh Sita JPJ Kuala Lumpur semalam.

JPJ bongkar taktik prebet sapu tukar cat van pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu disyaki prebet sapu dikesan menukar cat kenderaan persendirian supaya kelihatan seperti van pelancong bagi mengaburi pihak berkuasa.

Takti itu terbongkar apabila kenderaan dipandu lelaki warga Bangladesh ditahan JPJ menerusi Operasi Fokus (Prebet Sapu) di sekitar ibu negara, semalam.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, individu terbabit antara lima warga asing yang ditahan sepanjang operasi dijalankan bermula pukul 10 pagi.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, rata-rata menerima upah sebanyak RM3,000 sebulan sebagai pemandu pelancong.

“Seperti van yang kita sita ini, ia adalah kenderaan persendirian yang dicat seakan-akan warna kenderaan komersil membawa pelancong untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Namun, jika kita lihat secara teliti, tiada penandaan badan kenderaan termasuk van pelancong, nama syarikat dan nombor lesen pelancongan,” katanya pada sidang akhbar di Depoh Sita JPJ WPKL, di sini semalam.

Sebelum ini, JPJ Kuala Lumpur mengambil tindakan sita ke 10 kenderaan pelbagai jenis yang disyaki terlibat dalam kegiatan prebet sapu di sekitar Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail dan kawasan tumpuan ibu negara.

Hamidi berkata, daripada kesemua kenderaan ditahan, lima dipandu oleh warga asing dari Bangladesh, Yemen, India, dan Sudan manakala lima lagi dipandu individu tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 16(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN