PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Sik dan Baling manakala Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi negeri Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan,” katanya.
Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor) dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).
“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang dan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan),” katanya. – KOSMO! ONLINE