fbpx
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian di bandar Pantai Huntington, California semalam. - Getty Images

Helikopter berpusing sebelum terhempas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Pengunjung sebuah pantai di negeri California, Amerika Syarikat terkejut apabila sebuah helikopter tiba-tiba hilang kawalan lalu terhempas ke darat, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di bandar Huntington Beach  semalam. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan helikopter itu terbang rendah berhampiran sebuah hotel di tepi pantai sebelum berpusing-pusing di udara, lapor akhbar Los Angeles Times.

Helikopter itu hilang kawalan lalu terhempas dan merempuh deretan pokok palma di hadapan bangunan hotel. 

Pihak berkuasa memberitahu bahawa dua penumpang di dalam helikopter itu berjaya dibawa keluar dari serpihan. 

“Tiga pejalan kaki turut cedera. 

“Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI